Tubuh memiliki kekebalan untuk menyerang penyakit dan menjaga
tetap sehat. Namun, apa jadinya jika kekebalan tubuh justru
menyerang organ tubuh yang sehat. Penyakit Lupus diduga
berkaitan dengan sistem imunologi yang berlebih. Penyakit
ini tergolong misterius. Para dokter kadang bingung mendiagnosis penyakit ini.
Namanya sedikit unik, LUPUS. Lupus dalam bahasa Latin berarti
"anjing hutan". Istilah
ini mulai dikenal sekitar satu abad lalu. Awalnya, penderita
penyakit ini dikira mempunyai kelainan kulit, berupa kemerahan di sekitar
hidung dan pipi. Bercak-bercak merah di
bagian wajah dan lengan, panas dan rasa lelah berkepanjangan, rambutnya
rontok, persendian kerap bengkak dan timbul sariawan. Penyakit ini tidak hanya menyerang kulit,
tetapi juga dapat menyerang hampir seluruh organ yang ada di dalam tubuh.
Gejala-gejala penyakit dikenal sebagai Lupus Eritomatosus Sistemik (LES) alias Lupus. Eritomatosus artinya kemerahan. Sedangkan sistemik bermakna menyebar luas keberbagai organ tubuh. Istilahnya disebut LES atau Lupus.
Masih awam
Jumlah penderita Lupus ini tidak terlalu
banyak. Menurut data pustaka, di Amerika Serikat ditemukan 14,6 sampai 50,8 per
100.000. Di Indonesia bisa dijumpai sekitar 50.000 penderitanya.
Sedangkan di RS Ciptomangunkusumo Jakarta, dari 71 kasus yang
ditangani sejak awal 1991 sampai akhir 1996, 1 dari 23 penderitanya adalah
laki-laki. Penyakit Lupus
masih sangat awam bagi masyarakat.
Setelah diteliti
penyebab Lupus karena faktor keturunan dan lingkungan. Penyakit ini justru diderita wanita usia produktif sampai usia 50
tahun. Namun begitu, ada juga pria yang mengalaminya. Ahli menduga penyakit ini berhubungan dengan
hormon estrogen. Karena Lupus
menyerang wanita subur, kerap menimbulkan berbagai aspek kesehatan. Misalnya hubungan dengan kehamilan yang
menyebabkan abortus, gangguan perkembangan janin atau pun bayi meninggal saat lahir.
Namun, hal ini bisa saja terjadi sebaliknya. Artinya, justru kehamilan
bisa memperburuk gejala Lupus. Sering dijumpai gejala Lupus
muncul sewaktu hamil atau setelah melahirkan.
Otoimun
Lupus merupakan penyakit
yang menyerang perubahan sistem kekebalan perorangan, yang sampai kini belum
diketahui penyebabnya. Penyakit ini muncul akibat kelainan fungsi sistem
kekebalan tubuh. Dalam tubuh seseorang
terdapat antibodi yang berfungsi menyerang sumber penyakit yang akan masuk
dalam tubuh. Uniknya, penyakit Lupus ini antibodi yang terbentuk dalam
tubuh muncul berlebihan. Hasilnya,
antibodi justru menyerang sel-sel jaringan organ tubuh yang sehat. Kelainan ini disebut autoimunitas. Antibodi yang berlebihan
ini, bisa masuk ke seluruh jaringan dengan dua cara yaitu :
Pertama, antibodi aneh ini bisa
langsung menyerang jaringan sel tubuh, seperti pada sel-sel darah merah
yang menyebabkan selnya akan hancur. Inilah yang mengakibatkan
penderitanya kekurangan sel darah merah atau anemia.
Kedua, antibodi bisa bergabung dengan
antigen (zat perangsang pembentukan antibodi), membentuk ikatan yang disebut
kompleks imun. Gabungan antibodi
dan antigen mengalir bersama darah, sampai tersangkut di pembuluh darah kapiler
akan menimbulkan peradangan. Dalam keadaan normal, kompleks ini akan dibatasi oleh
sel-sel radang (fagosit). Tetapi,
dalam keadaan abnormal, kompleks ini
tidak dapat dibatasi dengan baik.
Malah sel-sel radang tadi bertambah banyak
sambil mengeluarkan enzim, yang menimbulkan peradangan di sekitar
kompleks. Hasilnya, proses peradangan
akan berkepanjangan dan akan merusak organ tubuh dan mengganggu fungsinya.
Selanjutnya, hal ini akan terlihat sebagai gejala penyakit. Kalau hal ini terjadi, maka dalam jangka
panjang fungsi organ tubuh akan terganggu.
Umumnya
penderita Lupus mengalami gejala seperti; kulit
yang mudah gosong akibat sinar matahari serta timbulnya gangguan
pencernaan. Gejala
umumnya penderita sering merasa lemah, kelelahan yang berlebihan,
demam dan pegal-pegal. Gejala ini terutama didapatkan pada masa aktif, sedangkan pada masa
remisi (nonaktif) menghilang. Pada kulit, akan muncul ruam merah yang
membentang di kedua pipi, mirip kupu-kupu. Kadang disebut (butterfly
rash). Namun ruam merah menyerupai cakram bisa muncul di kulit
seluruh tubuh, menonjol dan kadang-kadang bersisik.
Melihat banyaknya gejala penyakit ini, maka wanita yang sudah terserang dua atau lebih gejala saja, harus dicurigai mengidap Lupus. Untuk sembuh total dari penyakit ini, tampaknya sulit. Dokter lebih berfokus pada pengobatan yang sifatnya sementara.Lebih difokuskan untuk mencegah meluasnya penyakit dan tidak menyerang organ vital tubuh.
Apr 23, 2005
SLE-PENYAKIT YANG
TIADA PENAWARNYA
Penyakit Sistemik
Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
Apa itu Lupus?
Lupus adalah radang teruk
(inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem
pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu
badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru,
buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat,
ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut
terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Apakah Penyebab
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
Sehingga kini faktor yang
merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum
diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet,
dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan. Penyakit Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini
membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar,
walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan
hormon wanita masih dalam kajian.
Penyakit Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walau bagaimanapun,
mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap
penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Gejala-gejala Lupus.
Diskoid Lupus. Ruam di muka,
kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul
di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal. Ruam ini pulih dengan
meninggalkan parut. Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat
melibatkan orgon-organ lain.
Sistemik Lupus
Erythematosus ( SLE / LUPUS )
Kemerahan di muka terutamanya di
pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama. Ulser di dalam mulut, Keguguran rambut, Demam
berpanjangan, Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami
kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari
seperti muka dan tangan. Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan
bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya,
inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau
berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan
pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa
dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah
pinggang. Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan
penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung
kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.
Rawatan
Rawatan-rawatan yang ada sekarang
bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang
disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman. Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan
tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa
singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti
steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.
Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE) dan wanita
Memandangkan Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu
dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :
1. Risiko keguguran kandungan,
terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.
2. Komplikasi lain semasa
mengandung, Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung. Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis
dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.
Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik
Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan
doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal
yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.
Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak
penyakit ini menjadi aktif.
Mengenal gejala-gejala Sistemik
Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya
rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan
dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai
sunscreen. Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat
doktor yang merawat. Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang
mengubati pesakit-pesakit SLE.
Sistemik Lupus Erythematosus
(SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan
berpotensi menyebabkan penyakit yang serious. Walaubagaimanapun, kebanyakan
pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal
seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan
doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE).
Rujukan : "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS
)", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan
Kesihatan Hospital Selayang.
Testimoni Pengguna
Kini sudah hampir 4 tahun saya mengalami penyakit SLE.
Mungkin anda semua pernah mendengar ataupun disebaliknya. Masih berulang alik
ke HUKM 2 bulan sekali untuk dipantau penyakit ini. Seringkali juga saya
bertanya DR. apakah penyakit ini tiada penawar jawapannya
"tiada".Kalau nak ceritakan masalah penyakit ini panjang.. Selepas
hari raya tahun lalu saya telah mengalami sakit perut yang teramat sakit tak
boleh tidur , jumpa Dr., sakit tidak juga reda bermacam-macam kaedah saya
lakukan. Kesudahannya kawan sepejabat mengesyorkan pengambilan "NUFERA"
..tak sabar2 saya mencarinya akhirnya saya dapat membeli 2 botol pada 17/2 yg
lalu. Sudah 3 hari saya amalkanya..insyallah ada terasa berkurangan
sedikit..saya pasti akan mengamalkanya.
Sekian, terima kasih.
"d_putra98"
abol98@hotmail.com
abol98@hotmail.com
0 komentar:
Posting Komentar